INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4 comments:

Muhd Ridhuan Yaacob said...

Saya setuju.......Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan dari semua pihak termasuk dari pihak luar....Untuk itu pihak sekolah perlu bina hubungan yang baik dengan pihak luar terutamanya NGO2 dan juga syarikat2 perkomputeran gergasi bagi memastikan proses PNP selari dengan kepesatn teknologi...hehehe...

Mohd Kamarulzaman Bin Mat Rasul said...

terima kasih atas komen anda wan..heheh

i m a m _ q i r a a t said...

Saya setuju...integrasi ict dalam p&p memang memerlukan suntikan dan anjakan paradigma daripada semua pihak yang terlibat supaya dapat mengikuti dan menghambat pendidikan di abad ke 21...huhu...

mohdyusri202175 said...

salam barakah......
sempena BULAN yang barakah dengan sambutan Maulid Rasulullah SAW, semoga cerah dan ceria selalu.. he he. ada makna tu.
ni komen ana(aku la):

Ict adalah suatu fenomena baru dalam memperkasakan setiap urusan hidup dan perancangan manusia terkini. dan yang paling penting, ia telah mula memainkan peranan bidang yang amat penting oleh setiap komuniti manusia iaitu pembangunan insan. tidak ketingggalan di Malaysia, ICT adalah suatu approachment yang mula dilihat secara serius yang mampu mengubah prestasi dan kualiti pengajaran danpembelajaran di sekolah-sekolah. sebagaimana yang kita tahu, para guru adalah insan yang pendidik yang masiong-masing mempunyai Stail Pengajaran yang berbeza. Integrasi ICT dalam pendidikan terutama pengajaran guru mungkin adalah ssuatu yang membangkitkan semangat bagi golongan guru yang mempunyai Stail Pengajaran Demokratik atau Autoritatif, mereka lebih bersifat optimistik dalam pengajaran dan mempunyai matlamat dan objektif yang jelas dan meyakinkan terhadap pelajar. Integrasi Ict dalam pengajaran seakan suatu sokongan berkesan untuk menjadikan hasil pembelajaran pelajar semakin berkesan. Namun, pastinya ia berbeza dengan golongan guru Laisser-Faire yang kurang memberikan tunpuan dalam strategi pengajaran, lebih malang lagi ialah Integrasi ICT dalam pengajaran merupakan suatu bebanan berat untuk guru bersifat 'tak kisah', bagi mereka, ia sesuatu yang merugikan masa dan tenaga kerana kehadiran mereka ke sekolah adalah semata-mata untuk menampilkan tittle 'guru' dan terima gaji seadanya. Oleh itu, integrasi Ict dalam pendidikan adalah seesuatu yang amat baik dengan syarat guru diberi motivasi tingi dalam peranan merka dan ilmu ICT diekayakan sepenunya dalam kerja mereka.

Post a Comment